Pengenalan
Orang bijak pandai, pintar dan arif tentang berbagai perkara
seringkali dikatakan mempunyai otak dan pemikiran yang bergeliga. Batu
Geliga adalah sejenis batu dianggap media serbaboleh yang mempunyai
kuasa mistik boleh memberi yang empunya kelebihan mendapat segala
kemahuan dan keperluan dengan mudah.
Minyak Geliga pula ialah sejenis minyak perubatan yang boleh
menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit, apabila disapukan ke badan
ataupun dicampurkan setitik ke dalam air dan diminum
Rumusannya Geliga bermaksud serbaboleh, bijaksana dan berkesan. Geliga
Sistem Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputra yang diwujudkan dengan wawasan
yang merangkumi ciri-ciri di atas, adalah agen penender atau media yang
berkebolehan dan berkesan dalam memberi penyelesaian yang menyeluruh
kepada industri kesihatan samaada kepada pemberi rawatan seperti
Hospital dan Klinik, mahupun pusat penyelidikan seperti Makmal
Penyelidikan, dan juga kepada Pembekal dan Pengilang yang mengeluarkan
produk berkaitan dengan industri kesihatan
|